Alfatihah buat mak uda ku, Almarhumah Puan Asiah Binti Marsan yang telah selamat kembali ke rahmatullah pada jam 4.30 pagi Jumaat semalam. Beliau di kejarkan ke Hospital Besar Kota Tinggi pada awal jam 3 pagi setelah mengadu sakit perut, kemudian di sahkan meninggal oleh doktor kerana sakit paru-paru berair. Baru minggu lalu menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-59 pada sabtu, 23 Jan 2010. Kali terakhirku sempat berjumpa dengan beliau dalam sebuah majlis perjumpaan keluarga pada 27 Dis 2009, beliau dan suami merupakan penggerak utama majlis tersebut.
Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Felda Air Tawar 4 senelum solat jumaat. Semoga Allah merahmati dan membalas keikhlasan Almarhumah Asiah Binti Marsan sepanjang kehidupan dengan amal soleh dan menanti Cinta Allah dan Rahmat-Nya di syurga, Insya Allah..
1 comments:
salam takziah dr ana.kali pertama dan terakhir berjumpa dgn mak uda.smoga rohnya dicucuri rahmat.sedih pulak.huhuhu~
Post a Comment