Pages


video

Alkisah, 2 tahun yang lalu semasa ku di UUM. First time beraya di perantauan (raye haji).. Saje ku ambil keputusan bersama sahabatku, saudara Alfian untuk merasai pengalaman menyambutnya di bumi orang. Lagi pun cuti pendek sangat, budget pun tak berapa nak cukup..nangih Banyak pengalaman yang ku lalui sepanjang berada di bumi sintok. Sambutan Aidil adha di sana sangat meriah, macam sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Kami mengambil kesempatan berziarah ke rumah kengkawan dan juga pensyarah. Ziarah kami dijamu dengan berbagai juadah yang istimewa seperti ketupat dan rendang, tak lupa juga kuih-kuih raya yang tersusun rapi memenuhi meja.. Wah! suatu pengalaman yang berbeza.. (ku sangat teruja!)peace.

Sebenarnya ku nak cerita tentang pengalaman kami menyertai ibadah korban bersama rakan masjid dan Pusat Islam di sana , ada kisah lucu di sebaliknya yang saban tahun bermain dalam benak memoriku ini. Seperti bisa, sesiapa jua yang menyertai aktiviti gotong-royong melapah daging korban akan diberikan sedikit bahagian daging tersebut. Begitu juga dengan kami, dapat 2 kg daging (setiap orang 1 kg). Walaupun bukan tujuan utama kami untuk mendapatkannya, Alhamdulillah rezeki kami dapat daging korban yang penuh barakah ini. Timbul sedikit kesulitan, kerana kami tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk menyimpan daging tersebut. Kami hanya menyewa di rumah bujang, tidak pula tuan rumah menyediakan peti sejuk untuk kegunaan kami. Nak menumpang daging di rumah Pak Long (penjaga rumah dan juga merangkap jiran kami) segan la pulak.. malu Oleh itu, setelah berfikir panjang kami membuat keputusan untuk menghadiahkan sebahagian daging tersebut (1 kg) kepada kak Azizah (seorang staff di UUM), kakak ni memang rapat dengan kami. Satu bahagian lagi kami jerukkan (awet) dengan kaedah penggunaan garam sebagai agen pengawet, dengan harapan daging tersebut akan tahan lama dan juga tidak busuk begitu sahaja. Garam tersebut dilumurkan dengan rata, manakala sukatannya mengikut suka.. Tips ni kami perolehi daripada orang tua masing-masing melalui talian hayat.. Nak dijadikan cerita, kisah ni berlaku serupa la macam dalam cerita "Bujang Lapok" filem melayu dolu-dolu tu.. Sudah 3 kali ku tambahkan garam dalam daging yang dijerukkan, setelah was-was dengan sukatan sebelumnya kerna khuatir daging tersebut akan busuk. Dalam diam, rupanya bukan diriku seorang sahaja yang prihatin, sahabatku sdr. Alfian juga sama. Dia pula telah menambahkan garam sebanyak 2-3 kali sebelum masuk tidur. Keesokkan harinya, seperti saat-saat yang dinantikan tibalah masanya untuk menunjukkan skill masak-memasakku peringkat ke-3. Ku still mainten macam biasa, menggunakan sepenuh kepakaranku dalam menyediakan "Sup Daaging Special".Namun.. hasilnya tidak seperti yang dirancangkan. Sup Dagingku MASiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiN gile!Perasaan kami sedikit kecewa, namun tetap digagahkan hati ni untuk menerimanya. Oleh kerana banyak barakahnya daging korban ni, ku modified Sup Daging tersebut supaya boleh juga diambil manfaatnya. Sayang nak dibuang begitu sahaja.

Ustaz pun ada bagitau, daging korban ni banyak keberkatannya. tak sama macam daging yang kita beli di pasar tu. Daging korban ni adalah hasil daripada ibadah, bukan sahaja boleh dapat pahala daging ni juga boleh jadi penawar penyakit. Ustaz ajarkan, setiap kali nak makan daging korban ni. Niatkan yang baik-baik je, contohnya seperti mohon pada Allah agar dengan keberkatan memakan daging korban ni agar bertambah kesihatan, andainya ada penyakit moga disembuhkan dan juga mohon agar diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan demi agama Allah ini.


Resepi Sup Daging Spesel

  • Bahan-bahan ( 4 org makan. )

    300gm daging-dipotong nipis
  • 1 biji ubi kentang-dipotong dadu
  • 1/2 btg carrot-dipotong dadu
  • 1 biji tomato-dipotong dadu
  • 3 biji bawang merah-ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 1 batang serai-dititik
  • 2 1/2 sudu besar serbuk rempah sup
  • 1 sudu besar serbuk kurma
  • 1 in halia-ditumbuk
  • 3 cawan air
  • Minyak secukupnya
  • Garam, serbuk perasa, daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis serai, bawang merah, bawang putih dan halia yg ditumbuk. Masukkan rempah sup dan rempah kurma bersama sedikit air. biar naik baunya.
  2. Masukkan air. Bila mendidih, masukkan daging dan ubi kentang, biar empuk sedikit.
  3. Masukkan carrot dan tomato. Masukkan garam dan serbuk perasa. Biar mendidih dan pekat sedikit.
  4. Bila sudah masak, taburkan daun sup dan bawang goreng. Hidangkan bersama nasi atau roti..


Kewajipan 'wukuf' lima kali sehari

ISLAM berasaskan kasih mesra sesama manusia kerana kita adalah anak cucu nabi Adam as. Isteri baginda, Hawa orang yang pertama dikenali ibu. Melalui merekalah kita wujud di dunia. Oleh itu asas hidup kita ditegakkan di atas lima perkara, di mana Islam meletakkan asas bermula dengan dua kalimah syahadah.

Kita wajib mengenal Allah dan berusaha untuk mencapai keredhaan-Nya. Apabila kita kenal Allah, kita terasa hendak balas budi melalui ubudiyyah (perhambaan diri).

Sebab itulah perkara pertama yang diperintahkan Allah ialah solat. Selepas itu baru timbul pengorbanan harta benda untuk membolehkan manusia berbaik sesama manusia. Dan puasa merupakan pengorbanan meninggalkan makan minum untuk buktikan penciptaan kita kepada Allah sebagaimana ibu sanggup berlapar untuk menjaga anaknya. Puasa adalah tanda kasih sayang kita kepada Allah.

Dan Haji pula merupakan lawatan kita ke rumah Allah. Kita diminta bertawaf mengelilingi Kaabah, mencari-cari keredaan Allah. Tawaf itu umpama berpusing-pusing apabila kita menziarahi rumah orang lain untuk menemui tuannya.

Berpusing-pusing mengeliling Kaabah itu sebab semasa tawaf ada zikir-zikir yang perlu dibaca, sebagaimana kita sampai ke rumah kawan kita sebut nama anak dan ibu bapanya. Itulah fikrah manusia.

Sebab itu Islam tidak perlu dipaksa-paksa, hanya perlukan kepada dakwah. Dan orang yang sudah faham Islam diwajib memperkenalkannya kepada orang ramai, sebab telah jelaslah petunjuk Islam daripada kesesatan kufur.

Kewajipan ‘wukuf’ lima kali sehari

Wukuf (di Padang Arafah) tidak ada satu acara dalam falsafah hidup manusia yang meminta kita menetapkan masa khusus berhenti melakukan urusan dunia selain daripada Islam iaitu wukuf. Di mana kita tidak boleh melakukan sebarang gangguan termasuk mencabut rumput, menebang pokok atau membunuh binatang dengan berburu.

Ketika itu tindak-tanduk kita hanya khusus kepada Allah dengan melakukan amalan zikir, tasbih dan membaca al-Quran. Bagaimanapun bagi mereka yang tinggal jauh dari Makkah dikehendaki wukuf lima kali sehari semalam (solat).

Wukuf (solat) lima kali sehari mesti dikhususkan untuk Allah. Ini kerana manusia seluruh dunia hanya tahu sayang kepada harta benda, pangkat, kuasa dan sebagainya tetapi tidak sayang pula kepada Allah sebagai tuan yang memberi segala nikmat kepada manusia. Ini punca fikiran manusia menjadi celaru.- tajdid

Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS

THURSDAY, 20 DECEMBER 2007


Kenapa Aku Diuji ?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."- Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa Ujian Seberat Ini ?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust ?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139 :-)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya ?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."- Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa Yang Aku Dapat Drpd Semua Ini ?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..- Surah At-Taubah ayat 111

Kepada Siapa Aku Berharap ?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "- Surah At-Taubah ayat 129

Aku Tak Tahan !

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."- Surah Yusuf ayat 87

Saudaraku,,,,

Seandainya kau tangisi kematian ku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Kematian ku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merinduku

Taman2 di syurga bangga menerimaku
Burang2berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah ruh ku terbang mendapatkan rinduNYa
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar
Alhamdulillah selamat sampai dr Pasir Gudang kul 530 pagi td..walaupun tdk berkesempatan menatap dan mengiringi jenazah ke kuburan, ziarah kami dapat mempersembahkan rasa cinta dan ukhwah buat Almarhumah Nurul Zalikah disemadian.. hanya doa menjadi iringan..rasanya sahabat2 dari KL hampir kesemuanya tidak berkesempatan dan tiba lewat ke rumah bapa saudaranya di Pasir Gudang..ibu bapa almarhumah tiada disisi kerana sedang menunaikan fardu haji di Makah yang baru bertolak pd Isnin lalu,9/11/09. .

Almarhumah merupakan pelajar Al Quran & Al Hadith (anak murid Ust Anuar Ridwan), Timb.Bendahari Agung PMAPIUM 2002/2003 (Nilam Puri), TKP Siyasah PMIUM sesi 2005/2006..Begitu juga sangat aktif dalam IPIJ, GAMIS, Nisa' dan Muslimat. Cuma kesihatannya agak terbatas kerana didapati positif kanser tahap 2 hodgkin lymphoma sebaik tamat pengajian di APIUM 2007. Sejak itu beliau terpaksa berulang kali menjalani kimoterapi dan menetap di rumahnya di Johor Bahru. Semangat beliau yang kuat melawan penderitaan didepan beliau tidak menghalang beliau mengajar di sebuah kolej komuniti di Pasir Gudang..

Zalikah memang seorang yang cekal dan sangat positif ( http://zalikah. blogspot. com/). Tulisannya menggambarkan ketabahan beliau menahan kesakitan akibat derita yang ditanggungnya serta semangat juang & komitmen beliau bersama jemaah juga memang tidak dapat dinafikan.

Beliau dijumpai terjatuh dalam bilik air ketika sebahagian Muslimin menunaikan solat Jumaat semalam.. Zalikah tidak sedarkan diri dan berlaku pendarahan yang banyak..tepat jam 1.30 petang di hari Jumaat yang mulia...perginya insan yang sangat kita cintai dan hormati pengorbanan dan komitmen beliau bersama-sama menggerakkan usaha dakwah dan tarbiyah semenjak dari APIUM Nilam Puri hinggalah ke bumi uniperdana bersama PMIUM...rasa sebak silih berganti mengingatkan beliau yang tidak kenal erti penat lelah membawa momentum baru dalam gerakan muslimat di UM..

Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Masai selepas solat Maghrib. Semoga Allah merahmati dan membalas keikhlasan Almarhumah Nurul Zalikah sepanjang kehidupan dengan amal soleh dan menanti Cinta Allah dan Rahmat-Nya di syurga, Insya Allah..

Usia muda bukan jaminan mati ditangguhkan. .Persiapkan amal bekalan di hari kemudian..Semua akan kembali kepadanya..

Catatan ingatan buat sahabat,
Al Marhumah Nurul Zalikah Md Zan
1984-2009

sumber

Suatu pagi yang indah di sekolah, ketika cikgu kakashi sedang mengajar. Tiba-tiba pagi itu dicemari oleh suatu bau yang sangat aneh. Ku biarkan sahaja bau itu berlalu pergi tanpa mengambil peduli. Namun.. emosi ku terganggu kembali kerana bau itu hadir lagi dengan watak KAMIKAZIe (yang sunggguh berani untuk mati). Perkh..bau macam bangkai!! ku cuba mengesan bau tersebut di segenap penjuru bilik darjah.

cikgu kakashi: sape yang kentut ni?

murid2: bukan saya yang kentut. (masing2 dengan penuh yakin)

ku cuba lagi menyoal dengan soalan yang sama, tapi kali ni dengan nada yang kersa sedikit. (dengan niat untuk menggerunkan mereka). Namun jawapannya juga sama seperti tadi. Ku mengesyakki seorang murid yang mencurigakan.. murid ni seorang yang berhati kering (seperti tiada perasaan dan sentiasa bermuka selamba) Beliau sangat mahir dan licik dalam ilmu TEMBERANG (kaki kencing..) sehingga mampu memperdaya siapa sahaja termasuk la cikgu-cikgu di sini. Ku mendapat ilham untuk memerangkap si kektut ni dengan jutsu tipu daya tahap beginer untuk mematahkan muslihat si kentut ni.

cikgu kakashi: ha! cikgu terlupa sesuatu nak bagi kamu.. (soalan ni tu tuju secara umum) cikgu janji nak bagi duit raya pada orang yang kentut ni, kerana dia tidak datang beraya ke rumah cikgu tempoh hari..

murid2: saya dah datang la cikgu! kami dapat RM* (masing2 memberikan jawapan yang sama kerana mereka semua memang datang pun.. kecuali saspek ni)

cikgu kakashi: cis! si kentut ni pun ngaku datang beraye gak, wah! nampaknya budak ni memang licik. Tiada siape pun kengkawannya yang perasan bahawa si kentut ni tidak datang ke rumah ku.. (kataku dalam hati) ku terpaksa menggunakan jutsu tertinggi ku peringkat ke-7 dalam ilmu ninja...

cikgu kakashi: Suhaimi (bukan nama sebenar) yang kentut ye? cikgu tahu..

suhaimi: tidak cikgu! bukan saya yang kentut..

cikgu kakashi: ye! cikgu tahu suhaimi yang kentut. xpe.. cikgu x marah.. awak x sengajakan? oleh kerana awak berani mengaku lepas ni cikgu bagi AISKRIM yang ada dalam peti sejuk tu. (ku cuba mengkambing hitamkan suhaimi) akhirnya...

si kentut: saya la yang kentut tadi cikgu! (dengan penuh yakin dan bersemangat sekali)

cikgu kakashi: Maaf.. Pintu TAUBAT telah tertutup!

* jutsu = jurus, istilah ni digunakan dalam ilmu ninja (dalam bahasa jepun)
MAAF KERANA MENGGUNAKAN AYAT YANG KURANG SOPAN..


Related Posts with Thumbnails