Tahun ni merupakan kali pertama ku sambut hari raya bersama Pemuda Kawasan secara rasminya. Kerana sebelum ni penglibatan ku dalam Pemuda kawasan agak "tenggelam timbul". Sekejap ada dan sekejap tiada, macam biskut.. Maklum la, lama duk merantau di negeri orang. Program marhaban pada kali ni di adakan agak lewat kerana memberi laluan kepada PRK Bagan Pinang. Namun begitu, sambutan marhaban pada kali ini tidak mengecewakan kerana hampir semua AJK pemuda kawasan turut serta memeriahkannya. Dalam program ni semua di antara pemuda dapat mengenali sahabat-sahabat dengan lebih dekat lagi. Kebanyakan di antara mereka terdiri daripada latar belakang yang berbeza, ada yang datang dari golongan kampung, golongan profesional, dan juga mempunayai bermacam-macam ragam yang tidak disangka-sangka. Semua itu diadun manjadi penuda yang hebat di Sri Gading... TAKBIR!!
Perkara yang tidak disangka-sangka: Sahabatku mempunayi studio jamingnya sendiri.
(Sekadar gambar hiasan)
0 comments:
Post a Comment