Pages

Berdasarkan petikan ni

Jawapan murid..

Ni adalah hasil kerja murid yang tiada langsung kaitan dengan petikan yang diberi. Budak ni jawab soalan berdasarkan pengalaman dia dipatuk ular masa cuti sekolah lalu.. Semasa kejadian berlaku, dia dirawat dengan kaedah menggunakan garam yang telah diselawatkan sebanyak 3 kali..


Che'gu Kakashi ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bermujahadah kepada semua yang akan menghadapi peperiksaan terutamanya kepada anak-anak murid che'gu, semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita. Berusahalah sebaik mungkin dan banyakkan doa serta tawakkal kepadaNya.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir." (al-Baqarah: 286)

Ya Allah, bantulah kami dalam mujahadah kami dan tetapkanlah niat kami semata-mata keranaMu sebagaimana ikrar kami; sesungguhnya solat kami, ibadah kami, kehidupan kami dan kematian kami adalah semata-mata keranaMu, Tuhan sekelian alam.


Ya ALLAH, Kau hadiakanlah cinta dan kasih sayang-Mu,
Ya ALLAH, Demi memelihara kesejahteraan dan kebaikan INSAN ini, Kerana kutahu hanyaMu Ya ALLAH yang mampu menjaga dirinya.."


Doa tulus dari anakmu..


"Tanggal 20 Oktober 1947, lahirlah seorang pejuang Islam yang bernama Abdul Hadi bin Awang.... Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan berumur 62 tahun, Selamat Hari Lahir, buat Tuan Guru..

Semoga Hari ini lebih baik daripada hari semalam..... Semoga Tuan Guru dikurniakan nikmat panjang umur bagi meneruskan perjuangan Islam...."

Kehidupan awal
Lahir pada 6 Zulhijjah 1366H, di Kampung Rusila, Marang,Terengganu. Anak ke-5 dari 9 orang adik beradik. Ayahnya adalah seorang guru agama dan imam di Masjid Rusila, Marang.

Keluarga
Mempunyai dua orang isteri iaitu Puan Hajah Zainab bt. Awang dan Dr. Norzita Taat. Dikurniakan 13 orang anak. Dengan isteri pertama beliau mempunyai 11 orang anak manakala dengan isteri kedua, beliau mempunyai 2 orang anak. Anak sulung beliau berumur 22 tahun dan kini belajar di Universiti Iman, Yaman.

Pendidikan
Mula belajar di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil aliran Sanawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Di samping itu beliau belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973, tamat dengan B.A. (Syariah). Melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar ke peringkat M.A. (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya hanya dalam masa 2 tahun (1974 - 1975).

Politik
Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila, Marang. Pada 1976, setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noordipilih menjadi Presiden PAS.

JUADAH HARI RAYA ORNG BUGIS

Jika kita pergi beraya, agak mudah untuk mengenali rumah orang Bugis. Amalan biasa dihari raya pertama, juadah yang “wajib” dihidangkan ialah makanan rasmi masyarakat bugis iaitu "Burasak"

"Burasak" emm..sangat enak sekali (marhaban di rumah Ustaz Mikraj)


Ketupat Manggis

Tahun ni merupakan kali pertama ku sambut hari raya bersama Pemuda Kawasan secara rasminya. Kerana sebelum ni penglibatan ku dalam Pemuda kawasan agak "tenggelam timbul". Sekejap ada dan sekejap tiada, macam biskut.. Maklum la, lama duk merantau di negeri orang. Program marhaban pada kali ni di adakan agak lewat kerana memberi laluan kepada PRK Bagan Pinang. Namun begitu, sambutan marhaban pada kali ini tidak mengecewakan kerana hampir semua AJK pemuda kawasan turut serta memeriahkannya. Dalam program ni semua di antara pemuda dapat mengenali sahabat-sahabat dengan lebih dekat lagi. Kebanyakan di antara mereka terdiri daripada latar belakang yang berbeza, ada yang datang dari golongan kampung, golongan profesional, dan juga mempunayai bermacam-macam ragam yang tidak disangka-sangka. Semua itu diadun manjadi penuda yang hebat di Sri Gading... TAKBIR!!


Perkara yang tidak disangka-sangka: Sahabatku mempunayi studio jamingnya sendiri.
(Sekadar gambar hiasan)
Related Posts with Thumbnails