duhai diri, sekarang Ramadhan sudah akan beranjak lagi. lebih 2/3 perjalanan bulan suci ini telah terlepas daripada kita. aku hanya inigin bertanya sama kamu, sudah apa yang kamu sampai detik ini.
bagaimana dengan ibadahmu? sudah berapa kali kamu khatam Quran? atau kamu hanya membaca beberapa juz sahaja pada bulan ini. kerongkongmu kering dari ayat2 Ilahi. lisanmu xpernah basah dari lantunan ayat Qurani. lalu kemanakah ungkapan cinta yng selama ini kamu bisikkan di hati. di manakah sasaran yang dulu kamu janjikan pada diri sendiri.
duhai diri, bagaimana dengan solat kamu hingga detik ini. ingatkah engkau bahawa kamu berjanji akan bertahajud setiap malam menangis merintih mencari pertolongan Rabb sekelian alam. bersimpuh dengan taubat seluruh badan.
duhai diri, bagaimana dengan infak sedekah dan kebaikanmu? apakah selama Ramadhan ini kamu sudah melakukan semua itu? ataukah kamu menyimpan hartamu rapat2 di tempat yang aman. tiada siapa yang tahu kecuali kamu dan Rabb mu.
duhai diri, belum terlambat intuk berubah. masuklah dalam pelukan Allah dan nikmatilah sajian Ramadhan pada tahun ini. kobarkan semangatmu, gigihkan hatimu untuk melantunkan bait2 kitab suci itu. dekatlah hatimu dan pintalah keampunan dengan segala pinta yang bisa kamu lakukan.
duhai diri, semoga pada bulan ini engkau tidak lagi merugi seperti tahun2 lalu. kerana redha Allah yang ingin digapai, ampunan Allah yang ingin dituju dan kebahagiaan dunia akhirat yang dijanjikan.
0 comments:
Post a Comment