Nurfatimah Binti Muhammad Ramadhan Fitri
Dalam bulan ni, ramai sahabat seperjuanganku yang menjadi "Papa & Mama". Kira-kira 5 pasangan, setakat yang ku tahu.. Terbaru, abangku dan pasangannya pada hari sabtu lepas. Kini ku dah ada 2 orang anak buah. Ni antara yang sempatku rekodkan:
2 Julai 2009
Cikgu Zaihasra telah selamat melahirkan anak pertamanya (baby girl) pada pukul 11 pagi. Namanya Fiezlyn??
4 Julai 2009
Pasangan Khadijah Ismail & Ustaz Ramadhan Fitri telah selamat dikurniakan seorang puteri pada pukul 12.03 pagi di Hospital Pakar Annur Bangi. Namanya Nurfatimah Binti Muhammad Ramadhan Fitri.
11 Julai 2009
Abang zool & Kak Lia telah selamat dikurniakan seorang puteri pada pukul 5.30 pagi di Hospital Batu Pahat. Namanya sofia?? nama penuhnya pakcik lupa la..
Sahabatku, sdr. Lizam dan Cikgu Raman baru dapat anak gak. Tapi ku tak berapa dapat maklumat tentang mereka. Nanti la, ada kesempatan ku akan hubungi atau pergi ziarah.. Akan menyusul tidak lama lagi, Cikgu Zazlinda (semoga selamat melahirkan anak..)
Alhamdulillah, Tahniah buat kalian. Moga-moga dengan kelahiran permata hati ini akan menjadikan kalian lebih bersyukur dan kekal bahagia dinaungi dengan rahmat dan kasih sayang Allah yang berpanjangan, insyaallah..
0 comments:
Post a Comment