Pagi semalam saya mengikuti ceramah pencegahan dadah anjuran unit bimbingan kaunseling HEP. Ceramah ini adalah wajib dihadiri oleh bakal-bakal guru kpli. Mengikut jadual, sepatutnya program bermula seawal 8 pagi, namun disebabkan oleh bebrapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, program bermula jam 8.30 pagi. Ceramah disampaikan dengan cukup menarik oleh Encik Roslan, kaunselor unit bimbingan kaunseling HEP.
Sepanjang sesi, penceramah banyak berkongsi pengalaman dan menekankan peranan guru dalam menghadapi penagihan dan penyalahgunaan dadah. Tanggungjawab sebagai seorang guru bukan sahaja pendidik, malahan juga sebagai agen perubahan kepada masyarakat. Perlu difikirkan bagaimana pendekatan yang terbaik untuk kita hadapi masalah ini, samaada dengan cara menghukum ataupun dengan cara menyantuni mereka sebagai "seorang manusia" dengan penuh hikmah..
Sememangnya usaha untuk memulihkan seorang penagih bukannya kerja yang mudah dan seringkali mereka ini cenderung untuk menjadi penagih yang berulang apabila dilepaskan keluar.
Sesungguhnya penagihan dadah ini adalah penyakit masyarakat, ianya hanya boleh dipulihkan kiranya kita semua memain peranan, galakkan diberikan agar mereka ini dihantar ke pusat-pusat, dan masyarakat pula memberikan dorongan dan sedia menerima mereka apabila lulus keluar dari pusat-pusat ini. Dan sama-samalah kita memain peranan agar mereka tidak kembali ke tabiat buruk mereka.
AADK meletakkan sasaran 2015 Malaysia bebas dari penyalahgunaan dadah, ianya mungkin kelihatan sebagai sesuatu yang terlalu besar, tetapi tidak mustahil kiranya semua pihak memain peranan disamping kita tidak putus berdoa dan bergantung harap pada bantuan Allah swt.
0 comments:
Post a Comment