Pages

Pengisian ceramah untuk sesi kedua pada pagi semalam bertajuk pencegahan rasuah. Ceramah disampaikan oleh Encik Mokhtar Ketua Jabatan Sains Sukan. Sebelum menyampaikan penerangan yang lebih lanjut, beliau meminta setiap dua kumpulan kecil bergabung membincangkan langkah-langkah membanteras amalan rasuah. Beliau meminta kami mengandaikan diri kami ini adalah sebagai ahli parlimen yang prihatin dengan masalah ini. Oleh itu, cadangan-cadangan yang difikirkan perlu dan munasabah untuk membanteras alaman rasuah ini.


Perbagai cadangan dan idea menarik telah dilontarkan oleh rakan-rakan peserta kursus. Namun begitu, cadangan yang cuba dilontarkan oleh rakan-rakan peserta lebih bersifat ‘stereotype’, macam dalam skema jawapan peperiksaan yang telah kita hafal. Antaranya jawapan seperti mengadakan kempen-kempen, ceramah kesedaran, penguatkuasaan undang-undang, penerapan nilai-nilai murni, jadikan sub topik dalam matapelajaran dan banyak lagi.


Tidak berniat diriku ini memperlekehkan pandangan rakan-rakan, malah berbesar hati kerana mereka yakin dengan cadangan masing-masing. Namun agak mengecewakan sekiranya bakal-bakal guru ini tidak mampu berfikir sesuatu idea yang baharu dan segar. Tanggungjawab sebagai seorang guru bukan sahaja pendidik, malahan juga sebagai agen perubahan kepada masyarakat. Guru seharusnya meluaskan pemikiran dan .maklumat serta sentiasa mempersiapkan diri dengan pelbagai disiplin ilmu agar mampu menjadi tempat rujukan kepada setiap lapisan masyarakat.





Saya sangat tertarik dengan idea yang cuba dikongsikan bersama oleh cikgu wan mu’azam. Beliau mendapat idea ini semasa pulang ke kampung halamannya di Miri, Sarawak. Beliau mencadangkan supaya sitem duit dihapuskan. Maksudnya tiada lagi duit dalam bentuk kertas ataupun syiling. Sisitem duit yang dimaksudkan hanya menggunakan kad, (wang plastik) seperti kad kreadit, kerana setiap urusan jual beli atau pun pembayaran mestilah direkodkan transaksinya.


Ada logiknya idea cikgu Mu’azam ni. Sehingga ramai yang kagum dan berminat untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Namun begitu, ideanya ini hanyalah sebahagian sahaja usaha untuk membanteras amalan rasuah, kerana rasuah wujud bukan sahaja duit malah dalam pelbagai bentuk. Idea ini mungkin sesuai untuk membanteras amalam rasuah yang berbentuk duit sahaja. Syabas dan tahniah diucapkan kepada cikgu Mu’azam atas idea yang bernas.


Saya juga mengambil kesempatan untuk melontarkan idea membanteras amalan rasuah ini. Saya mewakili kumpulan mencadangkan penyelarasan gaji minimum yang setimpal bagi semua sector untuk penjawat awam dan swasta. Saya cuba memberikan contoh yang agak kontrovesi, alhamdulillah diterima oleh rakan-rakan peserta. Saya mencontohkan pegawai keselamatan/penguasa negara kita ‘P***s’ yang sering kali terlibat dengan amalan ini. Ianya memang reality berlaku dan semakin parah, walaupun tidak semua melakukan amalan ini. Jika ianya tidak benar masakan pula wujudnya kempen “Saya anti rasuah”. Berdasarkan pemerhatian dan kajian, gaji mereka ini antara yang terendah sekali bagi yang berpangkat rendah la. Saya fikirkan ianya tidak setimpal dengan kerja mereka yang berpanas tidak kering, berhujan tidak basah dan malam berjaga, mereka lakukan semua ini demi menjamin keselamatan Negara. Saya melihat di Negara-negara maju, index rasuah yang direkodkan menunjukkan pada tahap yang rendah dan ada yang hampir tidak berlaku, contohnya yang paling dekat Negara jiran kita singapura. Saya mengandaikan apabila gaji yang mereka terima cukup dan setimpal dengan kerja, maka mereka tidak akan terfikir untuk melakukan amalan ini, kerana hidup mereka ketika itu sudah selesa.


Cadangan ini juga serupa dengan idea cikgu Mu’azam kerana ianya hanyalah sebahagian sahaja usaha kecil untuk membanteras amalan rasuah yang pelbagai rupa. Banyak lagi cadangan yang perlu difikirkan.


Dalam kursus yang ku ikuti tempoh hari, kami didedahkan dengan banyak sejarah berkaitan kemerdekaan negara kita. Namun begitu, terdapat beberapa fakta yang ku rasakan cuba dipadam daripada lipatan sejarah. Oleh itu, buku ini barangkali ia dapat menjawab persoalan-persoalan yang bermain dalam benak fikiran saya selama ini.


Buku yang mula diterbitkan pada Mei 2007 ini ditulis oleh Ustaz Riduan Mohd Nor dan Saudara Mohd Fadhli Ghani benar-benar mula menukar ‘kanta mata’ saya dalam melihat dan mentafsir kemerdekaan negara. Sejarah yang selama ini ‘kurang popular’ dikupas dan disampaikan.

Berikut saya salin semula Tinta Penerbit sebagai introduction kepada buku ini.

Tinta Penerbit

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT pemilik alam semesta yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang, selawat dan salam kepada Rasul junjungan yang kita cintai sedalamnya nafas kita, kepada seluruh para pejuang yang bersalut lumpur bermandi keringat dan darah untuk membentangi agama ini daripada serangan di sepanjang zaman.

Kemerdekaan adalah nikmat paling tuntas yang dianugerahkan oleh Ilahi kepada setiap mahluk kerana secara dasarnya setiap kita dilahirkan untuk menghirup udara segar kemerdekaan, tidak dipasung akal dan jasad, serta tidak memperhambakan diri kepada mahluk selain daripada Allah. Kemerdekaan adalah amanah yang perlu dipertahankan kerana penjajahan mampu berulang malah boleh menyerkap manusia dengan penjajahan dalam versi baru tanpa kira sedari.

Buku ini adalah pendokumentasi sejarah para alim ulama yang memikul beban amanah yang ditinggalkan oleh Rasul SAW, untuk meninggikan Islam di atas semua kepercayaan dalam menggalas perjuangan menentang Penjajah samda Barat atau Timur. Penjajahan Barat yang penuh dengan palitan noda hitam yang bernuansakan penyebaran agama Kristian tidak dibiarkan percuma oleh para alim ulama di setiap inci bumi umat Islam, mereka telah bangkit dengan gagah meniupkan api perjuangan kepada ummat yang sedang lena diulit mimpi. Ulama ini dengan anugerah ilmu telah mencetuskan kesedaran untuk membebaskan diri daripada penjajah jauh lebih awal daripada kelompok nasionalis sekular yang telah menculik buah kemenangan, malah hari ini mandabik dada dengan seluruh kepungan media bahawa merekalah pembebas tanahair daripada belenggu penjajah.

Sebahagian ulama ini telah menjadi korban penjajah samada syahid ditali gantung seperti Sheikh Umar Mukhtar atau dipaksa mendekam dipenjara tanpa pembicaraan seperti Ustaz Abu Bakar Al Baqir, juga dibuang negeri seperti Imam Diponegoro, Uthman Den Fodio, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong. Hari ini paparan sejarah di skrin televisyen telah memadamkan kebaktian mereka dan generasi muda dipaksa menerima versi sejarah baru bahawa kemerdekaan telah diperjuangkan oleh golongan elit sekular yang sememangnya menjadi anak suruhan penjajah.

Hasrat murni kami ialah supaya generasi muda menekuni kembali sejarah getir perjuangan kemerdekaan yang telah banyak diselewengkan, bahkan juga kita tidak mampu memadamkan pahatan sejarah kelompok aliran kiri yang turut berjuang menentang imperialisme di seluruh dunia. Penerbit mengharapkan buku ini akan menambahkan kepustakaan maklumat berkaitan dengan kemerdekaan yang dirintis oleh alim ulama.

Penerbit


Semalamku menghabiskan masa cuti bersama-sama house mate pergi jalan-jalan di sekitar kl. Saja je jalan-jalan habiskan masa cuti bersama kengkawan. Sebenarnya ku nak ceritakan buku terbaru yang dibeli semalam. Buku ni ku beli di kedai buku saujana carrefour wangsa maju. Ku memang biasa pergi ke kedai buku saujana, tapi selalunya akan ku kedai buku saujana yang terletak di hentian puduraya. Setiap kali nak balik kampung, baru ku tahu di wangsa maju ni cawangannya juga, (satu tauke la..) tiap-tiap bulan akan ku beli 2,3 buah buku. Beli je, belum berkesempatan untuk ku baca buku-buku. Maklum la sekarang ni dah ade internet kat rumah, leka sepanjang hari..


Persoalan Bid'ah menjadi perbahasan ulama sejak silam hinggan ke hari ini. Buku ini cuba mengupas makna sebenar Bid'ah berpandukan kajian ilmiah yang mantap dan terperinci serta diperjelaskan dengan begitu rapi. Setiap hujah bersumberkan dalil-dalil dari Al-Quran, Al-Hadis, dan Al-Athar serta mengambil pandangan jumhur ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah (Al-'Asha'irah)

Buku mempunyai 184 mukasurat dan mempunyai empat bab :

Prakata

Bab 1 : Pengertian Bid'ah

Bab 2 : Bid'ah berkaitan Akidah dan Syariah

Bab 3 : Beberapa Perkara Baru Yang Diada-adakan Oleh Para Sahabat r.a Selepas Zaman Nabi s.a.w

Bab 4 : Masjid Yang Terdapat Kubur Di Dalamnya

Perbincangan Tentang Hadith Dhaif oleh As-Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim

Silsilah keturunan penulis sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. Beliau membawa kita menghayati pengertian sebenar Bid'ah dan menolak tohmahan golongan yang menganggap bahawa amalan baik yang dilakukan selepas wafat Rasulullah s.a.w sedangkan amalan itu tiada pada zaman baginda s.a.w dilabel sebagai pengancam kepada keaslian dan ketulenan agama. Walhal hakikatnya, ada dalil-dalil yang menyokong amalan baik itu selagi ianya tidak bercanggah dengan agama atau lebih-lebih lagi jika amalan itu terpesong dan menyesatkan.

Buku ini ditulis oleh Al-Sheikh Al-Hafiz ABu Al-Fadl Abdullah As-Siddiq Al-Ghumari dan disemak oleh Dato' Haji Mohd Murtadza Haji Ahmad (Mufti Negeri Sembilan), Datuk Haji Md. Hashim Hj. Yahya (Bekas Mufti Wilayah Persekutuan) dan Ustaz Haji Saleh Haji Ahmad (YDP Persatuan Ulama Malaysia)


Pagi semalam saya mengikuti ceramah pencegahan dadah anjuran unit bimbingan kaunseling HEP. Ceramah ini adalah wajib dihadiri oleh bakal-bakal guru kpli. Mengikut jadual, sepatutnya program bermula seawal 8 pagi, namun disebabkan oleh bebrapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, program bermula jam 8.30 pagi. Ceramah disampaikan dengan cukup menarik oleh Encik Roslan, kaunselor unit bimbingan kaunseling HEP.


Sepanjang sesi, penceramah banyak berkongsi pengalaman dan menekankan peranan guru dalam menghadapi penagihan dan penyalahgunaan dadah. Tanggungjawab sebagai seorang guru bukan sahaja pendidik, malahan juga sebagai agen perubahan kepada masyarakat. Perlu difikirkan bagaimana pendekatan yang terbaik untuk kita hadapi masalah ini, samaada dengan cara menghukum ataupun dengan cara menyantuni mereka sebagai "seorang manusia" dengan penuh hikmah..


Sememangnya usaha untuk memulihkan seorang penagih bukannya kerja yang mudah dan seringkali mereka ini cenderung untuk menjadi penagih yang berulang apabila dilepaskan keluar.


Sesungguhnya penagihan dadah ini adalah penyakit masyarakat, ianya hanya boleh dipulihkan kiranya kita semua memain peranan, galakkan diberikan agar mereka ini dihantar ke pusat-pusat, dan masyarakat pula memberikan dorongan dan sedia menerima mereka apabila lulus keluar dari pusat-pusat ini. Dan sama-samalah kita memain peranan agar mereka tidak kembali ke tabiat buruk mereka.

AADK meletakkan sasaran 2015 Malaysia bebas dari penyalahgunaan dadah, ianya mungkin kelihatan sebagai sesuatu yang terlalu besar, tetapi tidak mustahil kiranya semua pihak memain peranan disamping kita tidak putus berdoa dan bergantung harap pada bantuan Allah swt.

Dalam susah payah kita mahu memberikan panduan pendidikan seks dan benteng penyelamat bagi anak-anak, usaha itu diancam oleh mentaliti kotor sebahagian masyarakat kita yang gemar MELUCAHKAN SEKS.

“Orang lelaki, kena balik rumah. Orang perempuan, balik rumah… kena!”, kata seorang penceramah di akhir sebuah kursus.

Peserta perempuan tersipu-sipu tunduk menahan malu.

Peserta lelaki ketawa sampai memukul-mukul meja.

Hebatlah penceramah itu barangkali! Lawaknya menjadi.

Kejadian seperti ini sangat kerap berlaku. Bahan senda gurau yang mengandungi unsur-unsur lucah sudah menjadi kebiasaan hingga kayu ukur sexual harrasment masyarakat kita menjadi lebih kebal. Budaya ini adalah budaya kerendahan akal dan budi.

Budaya ini menggambarkan betapa masyarakat kita sudah tidak menghormati kesucian institusi keluarga. Hubungan seks di antara suami isteri adalah suatu ‘ibadah’ yang dilindung oleh Allah dengan adab-adab yang diungkap dengan wahyu. Malangnya, orang kita menjadikannya sebagai benda murahan yang disenda guraukan.Budaya melucahkan seks ini jadi satu ‘kemalangan’ ke atas akhlaq umat apabila ia dijuarai oleh golongan pendidik.

PUNCA

Sukar untuk saya mengenal pasti punca kecenderungan golongan ini terhadap lawak lucah sebegini.

Menjadikan seks sebagai bahan lawak jenaka jauh sekali menjadi petanda yang seseorang itu cool kecuali tiada agama yang hendak dirujuk sebagai penentu nilai. Cakap-cakap kotor sebegini tidak akan berlaku kecuali ia datang dengan kombinasi dua faktor.

Pertamanya adalah faktor kerendahan mentaliti.

Keduanya adalah faktor kerendahan iman dan hati.

Namun seandainya lawak-lawak berlibido ini disertai dengan perlakuan hiperaktif, mahu sahaja saya cadangkan bahawa golongan ini mempunyai masalah psikiatri yang serius. Bipolar maniac, harus dipertimbangkan!

… Dirinya sahaja yang betul, tidak habis-habis berleter dan mengungkit seribu satu perkara, malah bercakap lucah atau melakukan perbuatan lucah hingga ke tahap hospital di Ireland akan membekalkan pil pencegah kehamilan kepada pesakit Bipolar Disorder ini kerana beliau dengan mudah sahaja boleh melakukan seks dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya.

SESUNGGUHNYA

Jika rumahtangga bermula dengan pendidikan seks lucah terhadap calon ibu bapa… apakah ada sinar dalam budaya gelap ini?

Saya juga ingin menulis, tapi masih tidak tahu apa yang nak disampaikan kepada semua. Biasanya saya akan berceloteh di blog kelas saya iaitu http://pbs-kkbi.blogspot.com. Lepas je balik dari satu kursus yang dirancang untuk mem-'brain-wash' supaya para peserta menyokong dan menjadi pro-k******n, saya merasakan maklumat yang diberikan sedikit berat sebelah. Terdapat bebrapa fakta yang cuba dipadam daripada lipatan sejarah. Oleh itu, saya rasa bertanggungjawab untuk menyatakan kebenarannya.

Minat saya lebih cenderung kepada isu siasah, haraki, kekeluargaan, dakwah para remaja dan akhlak. Saya sentiasa bercita-cita untuk membuka dan mengubah minda semua untuk masalah yang berkait dengannya.

InsyaAllah, saya akan cuba menulis dengan efektif, efisien dan istiqomah. Dengan itu para pembaca, doakan saya..

Related Posts with Thumbnails