Pages

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…



Tanggal 20hb. Jun 2011 jam 6.00 petang,insan yang kami sayangi telah pergi menyahut panggilan Ilahi.Allahyarham pergi setelah beberapa hari di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat pendarahan otak setelah terlibat dengan satu kemalangan jalanraya di Dungun Terengganu.

Allahyarham Ustaz Mohd Sham Bin Abu Bakar merupakan mantan Mas’ul kami di kampus salah sebuah IPT di Pantai Timur, suatu ketika dahulu yang bertanggungjawab mentarbiyah dan membimbing kader-kader dakwah menjadi seorang pewaris ilmu agama yang dihormati.Tapi kini Allahyarham meninggalkan kami dengan begitu cepat sekali.Kehilangan Allahyarham begitu terasa bagi kami. Kali terakhir kami ditemukan pada bulan Disember yang lalu sewaktu menghadiri mesyuarat JPM Pusat di Gombak.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan 6 orang cahaya mata. Semoga balu beliau tabah menghadapi dugaan daripadaNya.Kita yang hidup perlu meneruskan kehidupan disamping mendidik zuriatnya dengan penuh hikmah dan sentiasa berdoa semuga anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah.

KUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Mohd Sham Abu Bakar, bekas AJK Dewan Pemuda PAS Negeri dan Bendahari Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu.

Pemergian beliau umpama kehilangan ‘sebutir’ permata perjuangan yang komited serta istiqamah dalam perjuangan parti.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid berdoa semoga Allah menempatkan Allahyarham dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal saleh.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Hulu Terengganu berkata, Allahyarham merupakan seorang aktivis PAS yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa PAS kawasan dan Bendahari Pemuda PAS Hulu Terengganu Sesi 2011/2013 serta bekas Exco Pemuda PAS negeri Terengganu.

"Allahyarham berasal dari Kampung Gelugor Haji Tahir disahkan meninggal dunia pada jam 5.50 petang Isnin 20 Jun , setelah empat hari koma di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat kemalangan jalan raya.

"kemalangan tersebut berlaku ketika beliau menyertai rombongan konvoi motosikal berkuasa tinggi di Rantau Abang, Dungun, pada hari Jumaat 17 Jun lalu,"ujarnya ketika dihubungi.

Menurutnya, ketika pemerintahan kerajaan PAS Terengganu, Allahyarham Ustaz Sham pernah dilantik sebagai Mubaligh Unit Pembangunan Insan (UPI) dari tahun 2000-2004.

Wartawan Buletin yang hadir dapat melihat suasana pilu dan sedih dirasai oleh ahli keluarga serta sahabat handai apabila melihat isteri serta anak-anaknya hadir di Masjid Gelugor Haji Tahir ketika jenazah Allahyarham disembahyangkan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Zanariah Mamat, 38, serta tujuh orang anak berusia 50 hari hingga 12 tahun yang terdiri dua lelaki dan lima perempuan.

Isterinya, Puan Zanariah berkata pemergian Allahyarham Ustaz Sham diterima dengan perasaan redha dan takdir Allah SWT.

Kata beliau, Allahyarham Ustaz Sham telah ‘pergi’ buat selama-lamanya dan jika ada berhutang diminta hubungi keluarga tersebut.

“Jika masa (ketika) arwah suami saya hidup ada buat silap, tolong maafkan dia dan jika dia (Mohd Sham) berhutang dengan dengan sesiapa, sila datang berjumpa dengan kami untuk diselesaikan hutang itu,” ujarnya dengan nada sedih.

Jenazah Allahyarham Ustaz Sham dimandikan di HSNZ dan dibawa pulang untuk disembahyangkan di Masjid Gelugor Haji Tahir serta diimamkan oleh Mudir Ma’ahad Darul Quran (MDQ) Rusila, Ustaz Mohd Yassin Soleh bersama 200 ahli jamaah.

Selepas itu, Allahyarham dikebumikan pada jam 10.30 malam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gelugor Haji Tahir bersebelahan dengan masjid berkenaan.

Manakala, bapa Allahyarham Ustaz Sham iaitu Abu Bakar Pandak, 68, yang mengidap penyakit angin ahmar hampir sebulan lalu turut hadir di tempat pengkebumian anaknya itu.

Antara pimpinan PAS negeri yang hadir Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali serta ramai lagi termasuk Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran.




Jawapan saya:


"Aku terima nikah

Ainul Faridah Binti Abdullah

dengan mas kahwinnya

Satu Dinar tunai..."




Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Album : Insan IstimewaMunsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com
Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)



Album : Halawatul Iman II
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East

En. Ustaz: Dee.. ku minta tolong sangat2 minyak moto ku habis. Datang SEGERA ye!! Ku tunggu kat jambatan ni..

Aku: Tunggu ku sampai dlm 10 minit..

En. Ustaz: Ku minta tolong sangat2 tayar kete ku pancit, cane nk tukar tayar ek?

Aku: Insy’allah pas asar ku datang..

En. Ustaz: Dee tolong pinjam tali pinggang, esok ku nak pergi sekolah xde tali pinggang. ku punye tertinggal kat kampung..

Aku: Tali pinggang ku 1 je, xpe nanti ku pinjamkan bapa ku

En. Ustaz: Dee tolong temankan ku pergi sekolah jap malam ni, ku ade kerja sket..

Aku: Insya’allah..

En. Ustaz: Dee pinjam laptop ko, ku ade kerja penting nk siapkan.

Aku: Baik, dah siap guna bagitau ye..

En. Ustaz: Dee ade kedai repair seluar x, zip seluar ku tertanggal ni, cane nak pergi sekolah esok. plz..

Aku: Ade.. K, jap lagi ku tunjukkn kedai tu.

En. Ustaz: Dee tolong pasangkan paip (pili) kat umah, nak sambung kat mesin basuh baru ku..

Aku: Insya’allah ku akan ikhtiarkan sekadar termampu..

******************************************************************************************************************

Aku: Ku harap sangat ko jadi orang penting pada majlis ku nanti

En. Ustaz: Nanti ku fikirkan, tapi ku x pandai jadi orang penting tu..

Aku: Ku harap sangat ko jadi orang penting pada majlis ku nanti, ku nak belikan ko baju dll.

En. Ustaz: ku x pandai jadi orang penting tu.. nanti ku confirmkan semula.

Aku: Ku harap sangat ko jadi orang penting pada majlis ku nanti

En. Ustaz: Err.. nanti ku confirmkn semula, kerana tarikh tu ku ade reunion. Baru je dapat tahu tadi tengok kat face book..

Aku: Bagaimana dengan tawaran ku? Ku harap sangat ko jadi orang penting pada majlis ku nanti

En. Ustaz: Maaf ye, ko cari orang lain je. Ku nak pergi reunion..


Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat, dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari. ( Saydina Ali)

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Senilagu: Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati


Telah tepatlah suara hati
Di situlah nokhtah segala sangsi
Terciptalah kata putusku yang muktamad
Tak kan kurela berundur lagi

Pada sebuah sabda yang menjernihkan
Terkuburlah segala keruh di fikiran
Terbinalah sebuah tenteram di perasaan
Kebangsawanan, hartawan dan rupawan
Hanyalah nilai mata yang usianya sementara
Tetapi bila pilihan lantaran agama...
Pasti kekas setia buat selamanya

Sesungguhnya pada wanita yang bertakwa itu
Terkumpul segala keindahan dan kebenaran
kekayaan pada lapangnya hati
Rupawan pada indahnya budi
Bangsawan pada kerendahan diri...
Yang sentiasa sujud pada ilahi

Ya, kaulah jawapan bisikan nuraniku
Pada "istikharah" yang kuaju sejak dulu!

mana lebih utama?

Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,



Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia bagini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak muridku yang sangat dahagiakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada anak-anak didikku supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ayah, suami dan murabbi yang soleh..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.

BERILAH KEMAAFAN ITU

Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah diri

Berilah senyuman itu
Ikatkan dengan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwamu kan terhibur

Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia

Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!

copy: http://genta-rasa.com/2009/08/07/berilah-kemaafan-itu/

Related Posts with Thumbnails