Alkisah, 2 tahun yang lalu semasa ku di UUM. First time beraya di perantauan (raye haji).. Saje ku ambil keputusan bersama sahabatku, saudara Alfian untuk merasai pengalaman menyambutnya di bumi orang. Lagi pun cuti pendek sangat, budget pun tak berapa nak cukup.. Banyak pengalaman yang ku lalui sepanjang berada di bumi sintok. Sambutan Aidil adha di sana sangat meriah, macam sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Kami mengambil kesempatan berziarah ke rumah kengkawan dan juga pensyarah. Ziarah kami dijamu dengan berbagai juadah yang istimewa seperti ketupat dan rendang, tak lupa juga kuih-kuih raya yang tersusun rapi memenuhi meja.. Wah! suatu pengalaman yang berbeza.. (ku sangat teruja!).
Sebenarnya ku nak cerita tentang pengalaman kami menyertai ibadah korban bersama rakan masjid dan Pusat Islam di sana , ada kisah lucu di sebaliknya yang saban tahun bermain dalam benak memoriku ini. Seperti bisa, sesiapa jua yang menyertai aktiviti gotong-royong melapah daging korban akan diberikan sedikit bahagian daging tersebut. Begitu juga dengan kami, dapat 2 kg daging (setiap orang 1 kg). Walaupun bukan tujuan utama kami untuk mendapatkannya, Alhamdulillah rezeki kami dapat daging korban yang penuh barakah ini. Timbul sedikit kesulitan, kerana kami tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk menyimpan daging tersebut. Kami hanya menyewa di rumah bujang, tidak pula tuan rumah menyediakan peti sejuk untuk kegunaan kami. Nak menumpang daging di rumah Pak Long (penjaga rumah dan juga merangkap jiran kami) segan la pulak.. Oleh itu, setelah berfikir panjang kami membuat keputusan untuk menghadiahkan sebahagian daging tersebut (1 kg) kepada kak Azizah (seorang staff di UUM), kakak ni memang rapat dengan kami. Satu bahagian lagi kami jerukkan (awet) dengan kaedah penggunaan garam sebagai agen pengawet, dengan harapan daging tersebut akan tahan lama dan juga tidak busuk begitu sahaja. Garam tersebut dilumurkan dengan rata, manakala sukatannya mengikut suka.. Tips ni kami perolehi daripada orang tua masing-masing melalui talian hayat.. Nak dijadikan cerita, kisah ni berlaku serupa la macam dalam cerita "Bujang Lapok" filem melayu dolu-dolu tu.. Sudah 3 kali ku tambahkan garam dalam daging yang dijerukkan, setelah was-was dengan sukatan sebelumnya kerna khuatir daging tersebut akan busuk. Dalam diam, rupanya bukan diriku seorang sahaja yang prihatin, sahabatku sdr. Alfian juga sama. Dia pula telah menambahkan garam sebanyak 2-3 kali sebelum masuk tidur. Keesokkan harinya, seperti saat-saat yang dinantikan tibalah masanya untuk menunjukkan skill masak-memasakku peringkat ke-3. Ku still mainten macam biasa, menggunakan sepenuh kepakaranku dalam menyediakan "Sup Daaging Special".Namun.. hasilnya tidak seperti yang dirancangkan. Sup Dagingku MASiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiN gile!Perasaan kami sedikit kecewa, namun tetap digagahkan hati ni untuk menerimanya. Oleh kerana banyak barakahnya daging korban ni, ku modified Sup Daging tersebut supaya boleh juga diambil manfaatnya. Sayang nak dibuang begitu sahaja.
Ustaz pun ada bagitau, daging korban ni banyak keberkatannya. tak sama macam daging yang kita beli di pasar tu. Daging korban ni adalah hasil daripada ibadah, bukan sahaja boleh dapat pahala daging ni juga boleh jadi penawar penyakit. Ustaz ajarkan, setiap kali nak makan daging korban ni. Niatkan yang baik-baik je, contohnya seperti mohon pada Allah agar dengan keberkatan memakan daging korban ni agar bertambah kesihatan, andainya ada penyakit moga disembuhkan dan juga mohon agar diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan demi agama Allah ini.
Resepi Sup Daging Spesel
Bahan-bahan ( 4 org makan. )
300gm daging-dipotong nipis- 1 biji ubi kentang-dipotong dadu
- 1/2 btg carrot-dipotong dadu
- 1 biji tomato-dipotong dadu
- 3 biji bawang merah-ditumbuk
- 2 ulas bawang putih-ditumbuk
- 1 batang serai-dititik
- 2 1/2 sudu besar serbuk rempah sup
- 1 sudu besar serbuk kurma
- 1 in halia-ditumbuk
- 3 cawan air
- Minyak secukupnya
- Garam, serbuk perasa, daun sup dan bawang goreng untuk hiasan
Cara-cara
- Panaskan minyak. Tumis serai, bawang merah, bawang putih dan halia yg ditumbuk. Masukkan rempah sup dan rempah kurma bersama sedikit air. biar naik baunya.
- Masukkan air. Bila mendidih, masukkan daging dan ubi kentang, biar empuk sedikit.
- Masukkan carrot dan tomato. Masukkan garam dan serbuk perasa. Biar mendidih dan pekat sedikit.
- Bila sudah masak, taburkan daun sup dan bawang goreng. Hidangkan bersama nasi atau roti..
Subscribe to:
Posts (Atom)