Setelah 3 minggu saudara seislam kita di palestin diganyang oleh tentera kuffar Israel. Alhamdulillah, akhirnya tergerak juga hati majlis agama Islam untuk mengarahkan seluruh masjid di negeri ini mengadakan solat sunat hajat memohon keselamatan rakyat palestin. Walaupun berasa sedikit kesal kerana lewat bertindak. Solat sunat hajat ni di adakan selepas solat jumaat. Masjid kerajaan ni, kalau nak buat pape mesti kene ada kebenaran dari pihak atasan terlebih dahulu...
5 Jan yang lalu bermulalah kerjayaku sebagai seorang guru sandaran siswazah terlatih (KPLI-SR) pendidikan khas di SK PINTAS RAYA. Berdebar dan teruja pabila menjejakkan kakiku di SK PINTAS RAYA, maklum la sorang-sorang je datang lapor diri. Mase praktikum dulu boleh la ade kengkawan.. sekolah dekat je dengan rumah, dalam 5 minit perjalanan sampaila. Bertambah terkezutku pabila berjumpa dengan kawan sekelas mase tingkatan 6 kat SMK Datuk Menteri, cik Juli Hassan Habidin. Ade juga kawanku yang jadi cikgu ye boleh la ku minta tolong pape.. Banyak sangat kejutan ku kat sini, jumpa cikgu-cikgu yang mengajarku dulu kat SK Pintas Puding , cikgu shikin. kiniku ajar anak dia pula. Dari SMK Tun Ismail, Cikgu Ali Rahmat yang kini jadi rakan guruku di sekolah ni.. Banyak lagi yang ku nak cerita, nanti la..
Himpunan aman "SELAMATKAN PALESTIN" di dataran batu pahat anjuran Unit Amal Johor, disertai hampir 200 petugas dari kawasan ayer hitam, sri gading, batu pahat dan sg abung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah eradan flyers, kutipan derma dan tanda tangan pada banner (tanda sokongan). Buat pertama kalinya "Doa Wehdah" bergema kembali, setelah lama ku tinggalkan alam kampus (mase tamrin dolu-dolu). Hatiku sangat tersentuh apabila sama-sama membaca Doa wehdah yang dipimpin oleh ustaz Hilmi.
Ramai sahabatku yang mendirikan rumah + tangga.. ni adalah di antaranya
"doaku semoga redha Allah sentiasa bersama kalian.
Tame @ Ramzi dan pasangannya Rokiah Noor.
Abdul Ghaffar dan pasangannya Noriswati
Subscribe to:
Posts (Atom)