Pewarna Merah
Gula Pasir
Daun Pandan
Air
Sedikit garam
Satu tin susu cair
Sebotol air soda
Cara:
- Untuk membuat sirap, campurkan gula pasir, pewarna merah, daun pandan dan air secukupnya.
- Untuk menghasilkan sirap yang lebih baik, pastikan ianya pekat, merah dan cukup manis.
- Bancuh susu cair bersama sirap (mengikut sukatan yang diperlukan). Kacau sehingga sebati.
- Campurkan air soda ke dalam bancuhan susu dan sirap.
- Semasa proses ini, anda perlu mengacau supaya susu tidak pecah.
- tambahkan secubit garam dan kacau lagi.
- Sedia untuk dihidangkan.
- Tambah ais untuk sejuk.
saya baru je try td, emm.. sedap. tapi x tambah garam n daun pandan.. tu je bahan yg ada.
selamat mencuba.
selamat mencuba.