Pages



Pada minggu yang lalu, ku berkesempatan menziarahi sahabat ku di parit sulong untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan JPM. Apabila selesai sahaja agenda yang diperbincangkan, kami dihidangkan sedikit jamuan oleh tuan rumah. Hidangan pada petang itu ialah “KACANG POOL”, sangat lazat.. Menurut tuan rumah, makanan ini berasal dari johor yang merupakan makanan ala-ala arab. Sangat terkenal di JB, Tapi ku hanya baru mengenali makanan ini pada usia ku 27 tahun. Sebab sepanjang umur ini, bukan saja ku tak pernah makan makanan ini, namanya pun tidak pernah ku dengar.. balik sahaja rumah, ku terus mendapatkan maklumat dengan bertanyakan pada ahli keluarga ku yang lain. Hanya abangku sahaja yang memberi respon menegenai kacang pool tersebut. Beliau bukan sahaja mengenalinya, malah tahu di mana kedai makan yang menawarkan menu kacang pool yang lazat di BP, JB dll. Kami juga merancang untuk mencubanya di BP. Oleh kerana kelazatannya, ku cuba mencari maklumat di internet pula. Ku cuba mendapatkan maklumat tentang asal usul makanan ni, kat mana kedai makan yang menawarkan kacang pool yang paling best dan resepi kacang pool. Dalam masa terdekat ni, ku merancang untuk mencuba resepi ni di rumah. Tapi belum berkesempatan..

Resepi Kacang Pool

Bahan-bahannya:

Kacang parang 2 paket (direbus hingga lembut dan kulitnya dibuang)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
satu inci halia
sedikit jintan manis
sedikit garam

Cara-caranya:

1) Bawang merah, bawang putih, halia dan jintan manis dikisar halus.


2) Tumiskan bahan yang telah dikisarkan tadi dan bila naik bau masukkan
kacang parang dan sedikit garam.

3) Hidangkan bersama telur mata sapi, bawang yang dicincang dan cili hijau.


4) Perahkan sedikit limau kasturi dan bubuh sedikit lada putih diatas sajian.

5) Di makan bersama roti peranchi atau roti potong yang dibakar(disapu mentega atau jem garlic bread)


Sumber: Unit Media & Komunikasi, Pejabat Menteri Besar Johor


Alhamdulillah, pada minggu yang lalu ku berkesempatan bermuktamar, DPPP di Taman Melewar Gombak dan muktamar tahunan ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam. Walaupun tidak berkesempatan untuk mengikutinya hingga akhir, kerana ada urusan penting menuntut kepulanganku. Namunku seronok dapat berjumpa dengan pimpinan-pimpinan pusat secara live. Rasa terharu, teruja dan terkezut dapat berjumpa dengan mereka, bukan senang. Selalu tengok kat paper je.. ternyata mereka sangat berwibawa. lagi terkezut dapat berjumpa dengan mantan mas’ul ku dulu mase kat kampus. Ustaz Md Sham, dari kuala terengganu. Hampir 4 tahun tidak berjumpa..

Ucapan akhir mantan Ketua Pemuda, YB Salahuddin Ayub berpesan kepada barisan kepimpinan baru Pemuda PAS dan seluruh perwakilan supaya tidak merasa cukup dengan apa yang ada dan menjadikan alasan tiada duit untuk terus berada di dalam perjuangan. Beliau mengimbas kembali sebelum terlibat secara langsung bersama pemuda, beliau hanyalah orang kampung yang bekerja sebagai penjual ikan dan penjual kuih. Selepas itu beliau ditaklifkan menjadi Ketua Penerangan Pemuda PAS dengan gaji hanya RM 500.00 sebulan dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Pemuda menggantikan Tuan hj Mahfuz pada tahun 2003.

Isteri beliau pula terpaksa belajar menjahit bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga. Sehinggalah beliau dapat menjadi ahli parlimen Kubang Kerian, barulah hidup beliau bersama Isteri dan anak-anak agak selesa sedikit.

Walaupun telah mendapat kehidupan yang selesa beliau dan keluarga telah berjanji, tidak akan mengubah gaya hidup.

Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi ketika berucap menangguhkan Muktamar Dewan Pemuda pula berkata "Kita mampu berdepan dengan mereka dengan kekuatan Islam yang ada pada kita" kata beliau dengan penuh yakin.

Beliau juga menyifatkan kepimpinan dibawah Salahuddin Ayub merupakan kepimpinan yang sangat berdedikasi dan sangat hebat sehingga mampu melonjakkan Pemuda PAS berada pada kedudukannya hari ini.

Sambil menghayati kata-kata Saidina Umar Al-Khattab dan menyambut nasihat daripada Salahuddin Ayub, beliau mengharapkan teguran dan kritikan bagi membantu beliau memimpin pemuda PAS. Beliau juga meyakini sokongan yang tidak berbelah bagi daripada para Pemuda. Perbahasan pada kali ini sangat panas, perwakilan yang membahaskan ucap tema ketua pemuda sangat hebat-hebat belaka.

Pada hari terakhir kembara ku dan kengkawan ke murtamar, sesat jalan hampir 3 jam. Dari pucong ke stadium malawati. Peritiwa ini membuatku dan kengkawan hampir berputus asa untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.. berbekalkan kata-kata ketua pemuda kawasan yang sedia menunggu ketibaan kami membuatkan kami kembali bersemangan untuk meneruskan perjalanan. Jam hampir pukul 12.30 barulah kami tiba, ke stadium. Ketika itu sidang muktamirin sekalian sedang bersiap untuk menunaikan solat jumaat.


Antara buku yang sempatku beli..

Bersama Ustaz Md. Sham, mantan Mas'ul semasa di kampus..

Alhamdulillah, secara rasminya aku dah menamatkan pengajian di IPGM Kampus Ilmu Khas dan dianugerahkan  Diploma Pendidikan (Pengajian Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran). Ku datang sendiri naik bus pada 27 Mei gerak kul 8.30 pagi. Sampai Kl 12.30, terus pergi Kampus. Aku bersama-sama Albert (seorang cikgu cacat pendengaran) dari Sarawak ngn famly tumpang Van cikgu Angah yang kebetulan nak ke Putrajaya. Terima kasih ku ucapkan pada cikgu Angah.. Famly ku datang pada pagi hari konvo. Terima kasih juga ku ucapkan kepada Mr. Awangku Azuan sekeluarga (rakan serumahku dulu mase di IPIK) yang sudi menumpangkan ku bermalam. Tak lupa juga pada cikgu Najib yang sudi menghantarku sampai ke Kajang dan cikgu Jai yang bertungkus-lumus menyiapkan DVD gambar kelas kite. Seronok dapat jumpa balik korang semua yang hampir setengah tahun terpisah..TAHNIAH SEMUA..



Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia sempena sambutan Hari Guru disampaikan oleh En. Ali Bin Mustari, guru besar SK Pintas Raya
Bersama-sama menyayikan lagu "Kami Guru Malaysia..."
hadiah untuk cikgu..
Ustaz Nasrun menunjukkan skillnya bermain bola tampar
Cabaran Golek RiM!!
Jom main Bowling..
Murid-murid sedang AFUNDI cikgu-cikgu yang menjadi pilihan hati mereka..

Persembahan kumpulan kami.."I'm a big big girl, in a big big world, It's not a big big thing, if you leave me"
Persembahan oleh wakil MPP dari seluruh IPTA
Ucapan oleh En. Ahmad Fadzli, Pegawai HEP UTHM
Pemenang tempat ke-3 Cabaran Golek Rim..


“Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi kebaikan orang lain!”, itulah ungkapan ‘indah’ yang sering disebut orang kita.

Guru umpama lilin.

Kekasih umpama lilin.

Dan pelbagai siri lilin yang lain, terbakar diri untuk memberi. Simbol pengorbanan.

LIKU DAKWAH

Dakwah adalah jalan yang penuh liku. Dari ujian kesusahan, hinggalah kepada ujian kesenangan malah kejemuan. Dakwah adalah wasilah Tarbiyah yang ertinya pada seni membentuk manusia. Tatkala usaha itu bersabit dengan manusia, banyaklah sakitnya berurusan dengan manusia.

Semuanya ditempuh oleh pendakwah, demi matlamat Tarbiyah yang dijunjungnya, pada seni membentuk manusia.

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu” 

Justeru kesakitan yang dialami oleh pendakwah adalah pada menggauli manusia, sebelum kesakitan berbentuk ujian yang datang dan pergi pada tabiat jalan dakwah.

Dakwah itu perjuangan. Perjuangan seiringan dengan pengorbanan.

JANGAN JADI LILIN YANG TERBAKAR

Dakwah boleh menyinar segar kehidupan manusia yang diseru, mengeluarkan manusia dari gelap kepada cahaya. Jalannya payah dan perlukan sabar, ketika sabar itu digelar Nabi SAW sebagai sinar mentari. Sumber kebaikan, sumber kehidupan, namun sinar hanya datang dari bakaran yang bukan sebarangan.

“… dan sabar itu adalah sinar”

Jika dakwah itu membawa sinar, maka sinar itu jugalah yang perlu dijaga. Usaha menyinari manusia dan alam, terlalu mudah membakar diri orang yang menyerunya sendiri. Manusia penyeru boleh terbakar bukan kerana berkorban, tetapi terkorban kerana hilang kepedulian terhadap tuntutan ke atas diri sendiri. Mengajak orang kepada kebaikan, tetapi membiarkan diri musnah tanpa kebaikan yang sama.

“Pendakwah seperti lilin”… mungkin bukan perumpaan yang hikmah.

Ingatlah pesan Nabi SAW, agar jangan sewenang-wenangnya kita mahu menjadi lilin:

“Perumpamaan orang yang mengajar orang ramai kebaikan tetapi melupakan dirinya sendiri adalah seperti lilin yang memberikan cahaya ke atas orang lain dan (dalam masa yang sama) membiarkan dirinya terbakar” 

Lilin itu menyinar. Tetapi sinarnya hasil terbakar diri. Ia menghasilkan manfaat buat orang lain, tetapi membiarkan diri binasa. Ia membekalkan kebaikan yang dimanfaatkan oleh semua orang kecuali dirinya sendiri. Manusia lain mendapat kebaikan darinya, tetapi dirinya sendiri hancur binasa. 

Lilin tidak sedar ketika sibuk menghasilkan cahaya, dirinya sendiri menuju gelita, fana’ dan binasa.

JADILAH LAMPU PELITA YANG MENYINAR

Justeru Baginda SAW berpesan dengan pesanan yang menampakkan ketelitian pada bicara dan makna, lantas bersabda:

“Perumpamaan seorang yang berilmu yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai, dan melupakan (kepentingan-kepentingan) dirinya adalah seperti lampu pelita yang memberikan cahaya untuk manusia dan membakar dirinya” 

Harusnya pendakwah dan pendidik itu jadi pelita.

Gelaran Nabi SAW kepada mereka adalah si ALIM, bukan sekadar seorang manusia. ALIM itu sandarannya ilmu. Tahu ilmu mendidik orang, tahu ilmu mendidik diri.

Perumpamaan yang baik itu ditujukan kepada seorang alim yang muallim. Seorang yang bukan sekadar tahu-tahu kemudian menyibukkan diri memberitahu, lalu mudah alpa ke atas diri sendiri. Sesungguhnya manusia seperti inilah yang sering menjadi lilin. 

Akan tetapi lampu pelita menyinarkan cahaya untuk orang lain, dengan apa yang ada pada dirinya. Dirinya diberikan hak seperti yang sepatutnya, agar boleh terus bekerja dan berusaha. Ilmunya, masanya, tenaganya, semua ini menghasilkan sinar. Yang dikorbankan adalah kepentingan-kepentingan diri yang merugikan, bukannya terkorban diri kerana sibuk memberi. Terbakar itu adalah pengorbanan diri dan bukannya mangsa korban diri,

Merekalah manusia yang hidupnya dengan ilmu itu adalah untuk memberi, hidup bukan untuk diri sendiri.

PESANAN BUAT LILIN

Justeru bagi sekalian yang alpa menjadi lilin, janganlah dirimu terang sebatang hanya sepetang. Engkau harus berusaha menjadi lampu yang sentiasa mengisi diri dengan bahan bakar untuk terus bercahaya. Terbakarnya berterusan menghasilkan kebaikan, dan terus menerus berkorban, bukannya tamat kerana mangsa korban… korban sendiri yang alpa terhadap diri.

Manusia yang tidak memiliki, adalah manusia yang alpa diri, tidaklah dia mampu hidup memberi.

Banyakkan usaha mencari, sebanyak cita-citamu untuk memberi.


Dipetik dan diubahsuai..

Almarhumah Puan Misnah Binti Marsan

Selamat Tinggal Ibuku

Sewaktu Azan Mendayu-Dayu
Ibuku Pergi Meninggalkanku
Perginya Takkan Kembali Lagi
Kerna Takdir Telah Menentukan

Doa Restu Kuutuskan Untukmu Ibu
Semoga Diri Ibu Bahgia
Di Akhirat Yang Kekal Abadi

Ibuku Kau Pemupuk Kasih Sayang
Kerna Kaulah Ibu Yang Tercinta
Baktimu Padaku Tidak Terkira
Hanya Tuhan Dapat Membalasnya

Ibuku Walau Kau Pergi Dulu
Namun Kutetap Mengingatimu
Kasihku Padamu Seperti Dulu
Selamat Tinggal Ibuku



 


Related Posts with Thumbnails