Pada minggu yang lalu, ku berkesempatan menziarahi sahabat ku di parit sulong untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan JPM. Apabila selesai sahaja agenda yang diperbincangkan, kami dihidangkan sedikit jamuan oleh tuan rumah. Hidangan pada petang itu ialah “KACANG POOL”, sangat lazat.. Menurut tuan rumah, makanan ini berasal dari johor yang merupakan makanan ala-ala arab. Sangat terkenal di JB, Tapi ku hanya baru mengenali makanan ini pada usia ku 27 tahun. Sebab sepanjang umur ini, bukan saja ku tak pernah makan makanan ini, namanya pun tidak pernah ku dengar.. balik sahaja rumah, ku terus mendapatkan maklumat dengan bertanyakan pada ahli keluarga ku yang lain. Hanya abangku sahaja yang memberi respon menegenai kacang pool tersebut. Beliau bukan sahaja mengenalinya, malah tahu di mana kedai makan yang menawarkan menu kacang pool yang lazat di BP, JB dll. Kami juga merancang untuk mencubanya di BP. Oleh kerana kelazatannya, ku cuba mencari maklumat di internet pula. Ku cuba mendapatkan maklumat tentang asal usul makanan ni, kat mana kedai makan yang menawarkan kacang pool yang paling best dan resepi kacang pool. Dalam masa terdekat ni, ku merancang untuk mencuba resepi ni di rumah. Tapi belum berkesempatan..
Resepi Kacang Pool
Bahan-bahannya:
Kacang parang 2 paket (direbus hingga lembut dan kulitnya dibuang)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
satu inci halia
sedikit jintan manis
sedikit garam
Cara-caranya:
1) Bawang merah, bawang putih, halia dan jintan manis dikisar halus.
2) Tumiskan bahan yang telah dikisarkan tadi dan bila naik bau masukkan
kacang parang dan sedikit garam.
3) Hidangkan bersama telur mata sapi, bawang yang dicincang dan cili hijau.
4) Perahkan sedikit limau kasturi dan bubuh sedikit lada putih diatas sajian.
5) Di makan bersama roti peranchi atau roti potong yang dibakar(disapu mentega atau jem garlic bread)
Sumber: Unit Media & Komunikasi, Pejabat Menteri Besar Johor
0 comments:
Post a Comment